Sunday, October 17, 2010

Tudung D Haja:Eklusif Dan Ekonomi

Semua tudung yang dijual butik itu mengikut peredaran fesyen terkini, mempunyai ciri eksklusif dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Pemilik, Nor Hasniza Ahmad, berkata tiga konsep itu diterapkan bagi membolehkan wanita tanpa mengira status pendapatan dapat bergaya dan pada masa yang sama, mengekalkan ciri Muslimah.

"Setiap pengeluaran, saya akan menghasilkan
tudung yang bercirikan eksklusif dan ekonomi. Sebanyak 50 rekaan eksklusif dihasilkan dan kebanyakan material yang digunakan untuk tudung jenis ini adalah kain kapas viscose, kain kapas denim dan kain kapas lycra.

"Material berkenaan lebih selesa dipakai, tidak panas dan mudah digayakan," katanya ketika ditemui di butiknya di Bangunan Seremban Plaza, Seremban.

Nor Hasniza berkata, untuk sengkuap (bahagian
tudung atas dahi yang sering dirujuk sebagai awning, beliau memilih menggunakan material denim, Korduroi English, baldu, kain kapas English dan sutera Thai mengikut padanan yang bersesuaian dengan badan tudung.

"Gabungan warna antara badan dengan sengkuap pasti menyerlahkan gaya pemakai kerana setiap rekaan mempunyai corak tersendiri dan tidak sama dengan rekaan butik lain," katanya.

Beliau tidak menafikan lambakan
tudung di negara ini dengan pelbagai corak dan rekaan membuatkan semua jenis tudung kelihatan sama dan yang membezakan hanya harga dan kualiti.

Namun, setiap rekaan individu mempunyai identiti tersendiri, seperti beliau yang lebih mengutamakan penggunaan material kain kapas dan kain kapas viscose dalam setiap keluaran
eksklusif D Haja.

Lebih menarik, rekaan
eksklusif yang dihasilkan dijual dengan harga berpatutan bermula RM19.90 hingga RM58 bergantung kepada rekaan dan corak.

Walaupun bercirikan
eksklusif, saya tidak meletakkan harga mahal kerana tidak ingin menipu pembeli, sedangkan kos pengeluaran sehelai tudung tidak begitu mahal dan bergantung kepada material yang digunakan," katanya.

Antara
tudung eksklusif yang terdapat di D Haja ialah DHaja DenimAbstrak, D Haja Korduroi Abstrak, D Haja Kain Kapas English, D Haja Baldu Abstrak, D Haja Lycra English, D Haja Kain Kapas Lisu Tepi dan D Haja Lycra Dua Lapisan.

Bagi keluaran ekonomi,
D Haja mengeluarkan lebih daripada 75 jenis rekaan menggunakan material jenis lycra, spandex dan kain kapas.

"Walaupun kebanyakan bahan untuk
tudung ekonomi dibeli dalam negara, pengguna tidak perlu risau kerana tetap berkualiti dan terkini. Di D Haja, kami amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan.

"Selain itu, 40 peratus daripada
tudung ekonomi dihasilkan sendiri oleh kilang kami, manakala selebihnya diimport dari China, Indonesia dan beberapa negara lain," katanya.

Katanya,
tudung bercirikan ekonomi dijual dengan lebih murah, bermula dengan RM2.90 sehingga RM19.90.

Antara
tudung ekonomi yang sering menjadi pilihan ialah Lycra SB Line, Syria Jalur, Syria Corak, Lycra Jalur English, Spandex Batu, Net Diamond TC, Lycra korduroi dan Lycra English Batu.D Haja tawar peluang niaga

BERTEPATAN dengan motto
D Haja, Nor Hasniza turut menawarkan peluang perniagaan kepada individu yang berminat untuk memulakan perniagaan.

Katanya, ia bertujuan untuk membantu ekonomi individu terutamanya suri rumah dan peniaga kecil-kecilan.

"Kami memperkenalkan empat pakej iaitu membuat pembelian pukal bermula dari dua helai, lima, 10 dan 20, bergantung kepada modal masing-masing. Malah, kami menggalakkan pelanggan membeli
tudung dalam kuantiti banyak kerana lebih murah, berbanding harga sehelai tudung.

"Saya menjual dengan harga borong dan bergantung kepada mereka untuk meletakkan harga di pasaran. Saya cuma menasihati mereka supaya semua
tudung dijual dengan harga berpatutan supaya tidak membebankan pembeli sejajar konsep perniagaan D Haja iaitu Terkini, Eksklusif dan Ekonomi," katanya.

INFO

Alamat: Butik
D Haja Lot G-11 dan G-14

Bangunan Seremban Plaza (MARA)

Jalan Dato´ Muda Linggi Seremban,

Negeri Sembilan.

Tel:
019-9150381

Waktu beroperasi:

Setiap hari, kecuali Ahad (cuti umum buka) 9 pagi hingga 6.30 petang

Cawangan:

1) U2 Felda Kerteh 6 Ketengah Jaya Dungun Terengganu

2) Lot G21 Kompleks Pekan Rabu Johor Bharu Johor.